Tiga Beranak Maut Dalam Nahas Di Dungun

Diterbitkan: Selasa, 18 November 2014 4:30 PM

Anggota polis dan bomba mengeluarkan mangsa kemalangan membabitkan tiga beranak di Dungun, pagi Selasa.

(Ubah saiz teks)

DUNGUN: Tiga beranak maut selepas kereta mereka terbabit dalam kemalangan dengan sebuah treler membawa kayu balak di Kilometer 6, Jalan Bandar Al Muktafi Billah Shah-Pasir Raja di sini pagi Selasa.

Mangsa ialah Rizal Zhafri Ibrahim, 22, yang memandu kenderaan pelbagai guna itu, kakaknya Suliana, 28, dan bapa mereka Ibrahim Salim, 67.

Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Ahmad Zailani Yaacub berkata, kejadian berlaku kira-kira pukul 9 pagi ketika mereka dalam perjalanan dari rumah mereka di Pasir Raja untuk menziarahi seorang lagi anggota keluarga mereka yang terlibat dalam kemalangan di Paka sejam sebelum itu.

"Bagaimanapun ketika tiba di tempat kejadian, kenderaan yang dinaiki mereka terbabas ke kanan jalan selepas melalui satu selekoh, sebelum bertembung dengan sebuah treler yang datang dari arah bertentangan.

"Kesemua mangsa maut di tempat kejadian manakala pemandu treler itu tidak mengalami kecederaan," katanya.

Seorang lagi anggota keluar berkenaan, Rashdan Ibrahim, 27, berkata beliau dihubungi seorang lagi kakaknya mengenai kemalangan itu.

Pihak bomba dan penyelamat terpaksa mengeluarkan mayat mangsa yang tersepit.

Jenazah dilapor dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Pasir Raja di sini. 



iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Kolumnis

iklan

Iklan