Tiga Lelaki Termasuk Dua Pelajar Ditahan Bersama 1,002 Biji Pil Kuda

Diterbitkan: Selasa, 18 November 2014 10:03 PM

(Ubah saiz teks)

BESUT: Tiga remaja lelaki termasuk seorang yang sedang menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) ditahan bersama 1,002 biji pil dipercayai pil kuda di Kampung Seberang Jertih dekat sini Isnin.

Pemangku Ketua Polis Daerah Besut DSP Kamsani Hassan berkata tangkapan telah dilakukan kira-kira pukul 7.30 malam tadi di sebuah stesen minyak di kampung itu dipercayai ketika suspek sedang menunggu pelanggan.

Katanya pelajar yang sedang menduduki SPM itu adalah dari sebuah sekolah di Tanah Merah Kelantan berusia 17 tahun itu ditahan bersama rakannya yang juga seorang pelajar Tingkatan Empat bersama seorang lagi berusia 19 tahun.

"Polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Besut yang bertindak atas maklumat telah menahan ketiga-tiga suspek yang menaiki sebuah kereta jenis Proton Iswara Aeroback yang dipandu suspek berusia 19 tahun berhenti di stesen minyak dipercayai untuk menjual bekalan dadah tersebut kepada pelanggan," katanya kepada pemberita di sini Selasa.

Katanya ketika polis memperkenalkan diri, ketiga-tiga mereka cuba melarikan diri tetapi berjaya diberkas di situ manakala pemeriksaan dalam kenderaan kenderaan suspek menemui bungkusan plastik yang disorokkan di bawah kotak panel gear.

Pemeriksaan lanjut ke atas bungkusan yang dirampas , polis telah menemui lima paket dadah yang mengandung 1,002 biji pil dipercayai dadah.

Kamsani berkata ketiga-tiga suspek telah ditahan untuk siasatan lanjut dan ketiga-tiga mereka dari Tanah Merah, Kelantan.

Katanya saringan air kencing bagaimanapun mendapati ketika-tiga mereka negatif dadah dan bekalan dipercayai diperolehi dari negara jiran.

"Kes ini disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 jika sabit kesalahan boleh dihukum gantung sampai mati," katanya.

Tags / Kata Kunci: pil kuda , DSP Kamsani Hassan

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan