Dua Lelaki Ditahan Kerana Pecah Masuk Villa

Diterbitkan: Isnin, 17 November 2014 8:17 PM

(Ubah saiz teks)

KUANTAN: Polis berjaya menahan dua daripada tiga lelaki yang dipercayai memecah masuk sebuah villa di Perkampungan Tok Sira, di sini pagi Ahad.

Ketua Polis Daerah Kuantan, ACP Abdul Aziz Salleh berkata kedua-dua suspek berusia 20an itu berjaya ditahan kira-kira jam 3 petang Isnin di Jalan Teluk Sisek di sini selepas berlaku pergelutan dengan anggota polis. 

"Dua suspek berkenaan bersama seorang rakan yang masih bebas dipercayai memecah masuk kediaman mewah itu antara jam 8 hingga 9 pagi semalam dan melarikan lapan unit penghawa dingin. 

"Menurut pengadu, 50an, beliau telah datang ke kediaman tersebut kira-kira jam 11.30 pagi pada Khamis lepas untuk memeriksa kerosakan kerana ada individu berminat untuk menyewanya dan ketika itu semuanya berada dalam keadaan baik. 

"Bagaimanapun kira-kira jam 9.30 pagi Ahad, ketika berada di Maran dia mendapat panggilan daripada pekerja villa, memaklumkan rumah tersebut dipecah masuk sebelum membuat laporan polis," katanya di sini Isnin.

Abdul Aziz berkata, berdasarkan maklumat, ada saksi ternampak sebuah kereta jenis Perodua Kelisa berwarna kelabu dinaiki tiga lelaki memasuki perkarangan kediaman itu pagi Ahad.

Katanya, hasil semakan rekod nombor pendaftaran kenderaan yang digunakan suspek mendapati ia didaftarkan atas nama seorang wanita beralamat di Indera Mahkota di sini.

Susulan itu polis berjaya mengesan serta menahan dua daripada suspek manakala dua unit pendingin hawa yang dilaporkan hilang turut ditemui. 

"Polis kini sedang mengesan seorang lagi rakan suspek yang masih bebas bagi membantu siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan," katanya. 

Tags / Kata Kunci: pecah masuk , villa

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan