Bayi Bertali Pusat Ditinggalkan Di Atas Bonet Kereta

Diterbitkan: Sabtu, 15 November 2014 12:25 PM

Seorang bayi lelaki yang baharu dilahirkan ditinggalkan di atas bonet kereta seorang pekerja kilang kira-kira pukul 4.30 pagi Sabtu.

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Seorang bayi lelaki yang masih bertali pusat ditemui ditinggalkan di atas bonet sebuah kereta di Kampung Bukit, Bayan Lepas di sini.

Seorang pekerja kilang yang baharu sahaja pulang ke rumahnya selepas bekerja syif malam menemui seorang bayi di atas bonet keretanya apabila terdengar tangisannya kira-kira pukul 4.30 pagi Sabtu.

Bayi itu dipercayai baharu sahaja dilahirkan.

Lelaki itu kemudiannya bergegas membuat laporan polis di balai polis Bayan Lepas dan menyerahkan bayi tersebut.

Timbalan Ketua Polis Daerah Barat Daya, Deputi Superintendan Siti Nor Salawati Saad berkata bayi tersebut telah dihantar ke sebuah hospital di Balik Pulau dan keadaannya dilaporkan stabil.

Polis kini sedang menjejaki ibu bayi tersebut.
Tags / Kata Kunci: bayi , Bayan Lepas

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan