Polis Pantau Penganugerahan Darjah, Pingat Tidak Sah Di Melaka Esok

Diterbitkan: Jumaat, 14 November 2014 4:38 PM

Chuah Ghee Lye

(Ubah saiz teks)

MELAKA: Polis akan memantau penganjuran majlis penganugerahan darjah dan pingat yang didakwa tidak sah yang dijadualkan di sebuah hotel di negeri ini, esok, kata Ketua Polis Melaka, Datuk Chuah Ghee Lye.

Beliau berkata, berdasarkan maklumat, majlis itu dianjurkan sebuah badan adat di negeri ini, bagaimanapun kerajaan tidak mengiktiraf sebarang pingat atau darjah yang dianugerahkan oleh badan itu.

"Polis akan pantau (majlis itu), kami sedar akan aktiviti itu (penganugerahan darjah dan pingat) dan akan menyiasat laporan polis dibuat terhadap majlis atau badan ini," katanya ketika dihubungi Bernama di sini, Jumaat.

Sementara itu, Pejabat Ketua Menteri Melaka menerusi kenyataan hari ini menasihatkan orang ramai supaya tidak keliru antara majlis penganugerahan darjah dan pingat tidak sah itu dengan majlis penganugerahan darjah kebesaran, bintang dan pingat oleh kerajaan negeri esok.

"Majlis penganugerahan itu bukan sebahagian daripada majlis anjuran kerajaan, golongan yang mengambil kesempatan ini juga harus dihentikan," menurut kenyataan itu.

Esok, sesi ketiga istiadat penganugerahan Darjah, Bintang Dan Pingat Kebesaran Negeri Melaka sempena sambutan harijadi Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Mohd Khalil Yaakob akan diadakan di Dewan Seri Negeri, Ayer Keroh di sini.

Sebuah akhbar berbahasa Inggeris sebelum ini melaporkan, seorang penerima darjah tidak diiktiraf itu Sebestian Koh, 49, mendakwa lebih 100 orang menerima anugerah daripada badan itu antaranya membawa gelaran Datuk Seri, Datuk Paduka dan Datuk dalam majlis di Simpang Ampat, Alor Gajah pada 16 Februari tahun lepas.

Mengulas perkara itu, Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Idris Haron berkata kerajaan negeri Melaka hanya mengiktiraf pingat, bintang dan darjah kebesaran yang diberikan Yang Dipertua Negeri Melaka, manakala badan itu hanya diiktiraf sebagai sebuah kumpulan adat sahaja.


Tags / Kata Kunci: pingat , Melaka , badan adat

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan