Penyelia Pengawal Keselamatan Diculik Dan Dibunuh Di Bukit Mertajam

Diterbitkan: Jumaat, 14 November 2014 2:34 PM

Mazlan Kesah

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Seorang penyelia pengawal keselamatan diculik di hadapan sebuah kilang di Bukit Minyak, Bukit Mertajam, sebelum dipukul hingga mati dan ditinggalkan di ladang kelapa sawit berdekatan Taman Impian Alma, dekat sini awal Jumaat.

Mayat K Poobalan, 61, ditemui dengan kesan kecederaan parah di kepala oleh Unit Anjing Pengesan (K9) polis pada pukul 1 pagi, kira-kira 15 kilometer dari tempat dia diculik.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang Senior Asisten Komisioner Mazlan Kesah berkata, polis menerima laporan daripada seorang pemandu teksi mengatakan tiga lelaki Myanmar menahan teksinya pada pukul 5.30 petang semalam di perhentian bas Jalan Permatang Tinggi, Seberang Prai.

Beliau berkata, lelaki Myanmar terbabit meminta pemandu teksi itu menghantar mereka ke Taman Seri Juru dengan alasan untuk mencari rakan di sebuah kedai nasi kandar namun tidak berjumpa sebelum beralih ke kawasan perindustrian Bukit Minyak.

"Tiba di hadapan kilang barangan lusuh itu suspek meminta pemandu teksi menunggu 30 minit dan mereka kemudiannya secara tiba-tiba membawa masuk seorang lelaki secara paksa dan memukulnya di dalam kenderaan itu," katanya kepada pemberita di sini, Jumaat.

Mazlan berkata, pemandu teksi mempersoalkan mengapa mangsa dipukul namun dia turut diacukan pisau dan dipaksa menghantar mereka ke Taman Impian Alma.

Pemandu teksi berusia 49 tahun itu kemudiannya beredar selepas menurunkan penumpangnya berdekatan ladang kelapa sawit dan membuat laporan polis kerana bimbang berlaku kejadian tidak diingini.

"Menurut pemandu teksi itu, seorang daripada suspek menuntut gajinya yang didakwa lewat diterima sejak seminggu lepas namun Poobalan berkata gaji itu hanya boleh diberi hari ini," katanya.

Beliau berkata, polis menemui motosikal mangsa di hadapan kilang berkenaan dengan beg pinggang milik mangsa dan beberapa bungkusan makanan dipercayai untuk dihantar kepada pekerja masih berada pada motosikal yang terbalik itu.

Mazlan berkata, polis telah mengenal pasti ketiga-tiga suspek berusia 30-an itu dan seorang daripada mereka pernah bekerja di bawah seliaan mangsa namun berhenti Oktober lepas.

"Polis kini giat mengesan suspek dan turut menemui sebatang kayu beroti sebesar lengan dipercayai menjadi senjata pembunuhan," katanya sambil meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu supaya tampil membantu siasatan.

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Kolumnis

iklan

Iklan