Angkara Khianat, Pencuci Kereta Rugi RM80,000

Diterbitkan: Khamis, 13 November 2014 5:01 PM

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Seorang pengusaha kedai cuci kereta kerugian lebih RM80,000 apabila sebuah keretanya hangus manakala sebuah lagi turut terbakar di bahagian hadapan premis perniagaannya di Jalan Arratoon, di sini awal pagi Khamis.

Syed Amim Zainul Abidin, 46, mendakwa kebakaran pada pukul 1 pagi dan disyaki dilakukan oleh orang yang dikenalinya itu turut menyebabkan pejabat, televisyen, pendingin hawa, dan perabot terbakar serta rosak.

"Saya syak ada pihak tertentu yang terlibat dalam kejadian itu kerana pada pukul 8.30 malam tadi dua lelaki yang memang saya kenali menghubungi dan mengugut akan membakar kedai cuci kereta itu kerana marahkan saya berikutan masalah keluarga.

Saya tidak peduli dengan ugutan itu kerana sebelum ini pernah menerima ugutan sama, tetapi pada pukul 1.30 pagi saya menerima panggilan telefon daripada polis memaklumkan kedai cuci kereta (saya) terbakar," katanya pada sidang akhbar di sini.

Syed Amim berkata beliau yang berada di rumah di Bandar Perda, Bukit Mertajam dekat sini bergegas ke lokasi kejadian dan mendapati sebuah kereta jenis Proton Perdana yang diletakkan di dalam premis berbumbung itu hangus manakala bahagian hadapan Toyota Altis yang terletak bersebelahan turut terbakar.

Syed Amim yang mempunyai empat kedai mencuci kereta di negeri ini dengan 80 pekerja, berkata sebahagian pendawaian elektrik termasuk yang menyambungkan kamera televisyen litar tertutup di premis berkenaan turut terbakar.

"Saya akan buat laporan polis selepas ini (selepas sidang akhbar) dan berharap polis mengambil tindakan ke atas mereka yang terlibat," katanya yang menjalankan perniagaan itu sejak tujuh tahun lepas.

Sementara itu Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Mior Faridalatrash Wahid ketika dihubungi berkata pihaknya menunggu laporan kebakaran kedai cuci kereta itu daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat sebelum menjalankan siasatan lanjut.

"Setakat ini punca kebakaran belum diketahui. Kami juga akan siasat dakwaan lelaki itu diugut," katanya.


Tags / Kata Kunci: Pulau Pinang , Arratoon

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan