Polis Kedah Terus Perangi Kegiatan Judi

Diterbitkan: Khamis, 13 November 2014 7:00 PM

Judi
(Ubah saiz teks)

ALOR SETAR: Polis Kedah akan terus memerangi kegiatan judi haram di negeri ini dalam usaha membendung kegiatan itu daripada terus berleluasa.

Pemangku Ketua Polis Kedah Datuk Zakaria Yusof berkata dalam tempoh tiga minggu ini, anggotanya menerusi operasi yang dijalankan berjaya melakukan beberapa tangkapan walaupun agak rendah iaitu hanya dua peratus.

"Walaupun hasil tangkapan hanya dua peratus ia bukannya satu kegagalan kepada pihak polis tetapi ini menunjukkan bahawa banyak premis yang telah ditutup berikutan takut akan diserbu.

"Mereka tutup kedai kerana tahu polis sentisa pantau kegiatan judi ini tetapi sekiranya mereka masih berani menjalankan operasi di premis-premis mereka, kita tidak akan memberi peluang langsung," katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah di sini, Khamis.

Katanya dalam tempoh tiga minggu ini, sebanyak 144 serbuan dijalankan bagi perjudian loteri haram di mana 102 yang berjaya.

"Bagi mesin judi pula sebanyak 597 serbuan dilakukan yang melibatkan sembilan kejayaan," katanya.

Sementara itu, Zakaria berkata seramai 1,732 anggota polis di seluruh Kedah telah dikumpulkan bagi membantu kemungkinan operasi musim banjir kali ini.

"Kita telah buat persiapan rapi untuk menghadapi banjir yang berlaku dan seramai 1,732 anggota telah pun dikumpulkan.

" Selain itu, kita juga telah menyediakan sebanyak 23 buah bot penyelamat, 274 jaket keselamatan, lori, khemah dan generator bagi memberi bantuan menyelamat," katanya.

Tags / Kata Kunci: Polis , Judi , Kedah

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Kolumnis

iklan

Iklan