Polis Tahan Pelajar Rotan Junior Di Sekolah Agama Balik Pulau

Diterbitkan: Ahad, 9 November 2014 1:22 PM

Lai Fah Hin

(Ubah saiz teks)

BALIK PULAU: Polis menahan seorang pelajar lelaki tingkatan empat sebuah sekolah menengah agama di sini, Sabtu kerana merotan juniornya Khamis lepas.


Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan Lai Fah Hin berkata, siasatan awal mendapati pelajar itu merupakan ketua jawatankuasa surau telah merotan pelajar tingkatan dua itu kerana lewat menghadiri aktiviti kerohanian di asrama sekolah berkenaan kira-kira pukul 7.30 malam.

"Bapa kepada pelajar tingkatan dua itu membuat laporan polis pada hari Jumaat kerana bimbang anaknya menjadi mangsa buli," katanya kepada pemberita di sini, Ahad.

Fah Hin berkata, pelajar tingkatan empat itu ditahan pada pukul 12.30 tengah hari, Sabtu di asrama berkenaan, manakala rotan yang digunakannya turut dirampas.

Katanya, pelajar terbabit bertindak secara bersendirian dan pelajar tingkatan dua itu hanya mengalami lebam di bahagian lutut akibat dipukul beberapa kali dengan rotan.

"Pelajar itu telah mengaku kesalahannya serta telah dibebaskan dengan jaminan polis selepas memberi keterangan dan kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan," katanya.

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan