Pembunuhan Ngeri Di Pulau Pinang Jadi Bualan Utama

Diterbitkan: Ahad, 9 November 2014 9:32 AM

Mayat wanita tanpa kepala dimasukkan dalam sebuah beg pakaian.

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Jika sebelum ini Pulau Pinang terkenal dengan tarikan bangunan lama dan 'street food', namun kini kedua-duanya hilang seketika apabila timbul perkara yang lebih menjadi perhatian.

Pihak polis mendedahkan, sejak Januari lalu sebanyak 46 kes bunuh dilaporkan di sini, dengan 65 peratus atau 30 kes melibatkan warga asing.

Ia termasuk 17 kes bunuh melibatkan mangsa warganegara Myanmar yang leher mereka dikelar.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Wira Abdul Rahim Hanafi memberitahu Sunday Star bahawa pasukan khas telah ditubuhkan untuk mengendalikan kes bunuh ini.

Beliau berkata, situasi masih terkawal dan meminta orang ramai supaya tenang dan sabar.

Penemuan mayat tanpa kepala yang diletakkan di dalam sebuah beg pakaian di Taman Kebun Bunga pada Khamis lalu merupakan kes terbaharu pembunuhan ngeri yang berlaku di bandar ini.

Mangsa dipercayai seorang wanita dan warga asing.

Dua hari sebelum itu, turut menjumpai mayat seorang wanita warga Indonesia juga tanpa kepala terapung di laut, beberapa batu nautika dari Pulau Kendi.

Manakala pada Jumaat, polis menjumpai sepasang kaki di Pulau Burung di Nibong Tebal.

Kes pembunuhan ini secara tidak langsung menjadi topik paling hangat yang dibincangkan di kedai-kedai kopi dengan pelbagai teori termasuk adanya pembunuh bersiri.

"Teori itu terlalu mendalam. Mayat yang dijumpai di Jalan Kebun Bunga itu adalah kes yang berasingan. Selebihnya, kami akan menyiasat dalam setiap sudut," ujar Abdul Rahim.

"Kes pembunuhan rakyat Myanmar pula, tiada tanda-tanda perkauman seperti mana yang spekulasikan sebelum ini," tambahnya.

Pembunuhan rakyat Myanmar itu menjadi perhatian kerana melibatkan jumlah besar mangsa yang tidak dapat dikenal pasti.

Mangsa-mangsa dibuang di kawasan perindustrian dalam masa yang berbeza.

Kebanyakan daripada mereka telah dibungkus dengan kain putih, cadar atau sarung sebelum ditinggalkan di tepi jalan.

Sementara itu, polis berkata, keputusan DNA pada sepasang kaki yang dijumpai akan diketahui pada Isnin.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Mior Faridalathrash Wahid polis sedang menunggu laporan bedah siasat untuk menentukan sama ada kaki tersebut milik mayat tanpa kepala yang diletakkan dalam beg sebelum ini.

Tags / Kata Kunci: kes bunuh , ngeri , penang

iklan

Video

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Kolumnis

iklan

Iklan