Misteri Pembunuh Bersiri Di Pulau Pinang - Berita Jenayah | mStar

Misteri Pembunuh Bersiri Di Pulau Pinang

Diterbitkan: Sabtu, 8 November 2014 10:04 AM

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Penemuan dua mayat perempuan tanpa kepala dalam tempoh tiga hari menimbulkan kebimbangan terhadap adanya pembunuh bersiri.

Kedua-dua kes ini menjadi bualan bahawa ada kaitan dengan pembunuhan ngeri 17 lelaki Myanmar sepanjang tahun ini di sini.

Dalam beberapa kes, kepala mangsa dipotong, manakala badan dibuang di tempat gelap atau di tepi jalan.

Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Wira Abdul Rahim Hanafi, menganggap insiden terbaru yang melibatkan seorang wanita dibunuh dengan kejam dipercayai warga asing itu sebagai kes terpencil.

Beliau juga enggan mengulas mengenai pembunuh bersiri.

"Tolong jangan membuat spekulasi," katanya selepas menghadiri program kepolisan komuniti di Pulau Aman pada Jumaat.

Pada Khamis, badan dan lengan seorang wanita yang disumbat dalam sebuah beg pakaian ditemui di Jalan Kebun Bunga di sini.

Abdul Rahim menyifatkannya "kes yang paling mengerikan" Polis Pulau Pinang sepanjang tahun ini.

Manakala pada Jumaat, polis menemui sepasang kaki yang tidak sempurna di tapak pelupusan di Pulau Burung, Nibong Tebal, 65 kilometer jarak penemuan bahagian badan dan lengan sebelum itu.

Menurut Abdul Rahim,  penemuan kaki itu boleh dikaitkan dengan mayat wanita yang ditemui di Jalan Kebun Bunga.

"Kami terlebih dahulu menemui kaki kanan yang sudah kembung. Dan 30 minit selepas itu, kaki kiri pula ditemui beberapa meter dari penemuan pertama," kata beliau sambil menambah bahawa polis bergegas ke tempat kejadian selepas menerima panggilan daripada orang awam.

Kedua-dua belah kaki itu telah dihantar ke Hospital Pulau Pinang untuk analisis DNA.

Abdul Rahim berkata, mereka percaya wanita itu adalah warga asing selepas pemeriksaan cap jari tidak sepadan dengan mana-mana rekod di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

"Jika anda terlihat apa-apa yang menyerupai tengkorak manusia dan terhidu bau busuk, sila laporkan kepada polis. Kami tidak dapat mengenal pasti mangsa berdasarkan cap jari," katanya.

Selain  itu, kes badan tanpa kepala seorang wanita Indonesia yang dikenali sebagai Halimahtusakdiah, 33, dari utara Sumatera diklafikasikan sebagai mati mengejut berikutan hasil bedah siasat.

Mayat mangsa ditemui oleh nelayan pada Selasa lalu.

Tags / Kata Kunci: mayat tanpa kepala , pulau pinang
   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan