Pos Malaysia Siasat Dakwaan Daun Ketum Dihantar Dengan Poslaju

Diterbitkan: Jumaat, 7 November 2014 3:06 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pos Malaysia Berhad (Pos Malaysia) akan menyiasat dakwaan bahawa daun ketum dihantar oleh sindiket menggunakan perkhidmatan PosLaju.

Ia akan turut menyiasat sama ada pekerjanya turut terbabit dengan sindiket itu.

Dalam satu kenyataan pada Jumaat, jurucakapnya berkata Pos Malaysia memandang serius dakwaan itu dan tidak akan bertolak ansur dengan pekerja yang melanggar undang-undang.

"Pos Malaysia akan menyokong dan memberi kerjasama kepada pihak berkuasa untuk menyiasat," katanya.

Dilaporkan Polis Daerah Wangsa Maju telah menahan sepasang lelaki dan wanita berumur 26 dan 44 tahun Rabu lalu kerana menjalankan sindiket memproses air daun ketum dengan menggunakan PosLaju untuk menghantar daun ketum.

Pihak polis turut menyiasat kemungkinan pekerja PosLaju terbabit dengan sindiket berkenaan.

Pos Malaysia berkata di bawah peraturan pejabat pos 1947, ia menghalang penghantar daripada menggunakan perkhidmatan pos untuk menghantar bahan sedemikian termasuk bahan merbahaya.

Ia meminta orang ramai untuk melapor aktiviti haram dan salah guna bahan pos ke talian 1-300-300-300.

Tags / Kata Kunci: Pos Malaysia , Poslaju , daun ketum

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan