Buli: Dua Pelajar Disingkir Dari Asrama Anak Yatim Di Perlis

Diterbitkan: Khamis, 6 November 2014 5:40 PM

Dua pelajar dikenakan tindakan atas perbuatan buli di asrama anak yatim Jejawi, Perlis yang berlaku Mei lalu.

(Ubah saiz teks)

KOTA KINABALU: Dua pelajar yang terbabit dalam kejadian buli seperti yang tersiar menerusi klip video di laman sosial baru-baru ini telah diambil tindakan.
  

Mereka telah disingkirkan dari asrama anak yatim Kompleks Penyayang Jejawi, Perlis, tempat kejadian itu berlaku.

Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Seri Dr Khair Mohamad Yusof berkata, kejadian itu yang berlaku pada 24 Mei lepas melibatkan tujuh penghuni asrama berkenaan.

"Kes itu sudah selesai. Kementerian Pendidikan memandang serius isu buli yang perlu ditangani tanpa tolak ansur. Tindakan tegas akan diambil dalam kes seperti itu termasuk menyingkirkan pelakunya daripada sekolah dan asrama," katanya di sini, Khamis.

Pihak polis turut mengesahkan kejadian tersebut berlaku di asrama berkenaan.

Khair Mohamad berkata, kementerian juga akan mengambil tindakan terhadap pengurusan sekolah dan pihak asrama sekiranya mereka gagal mengambil tindakan sewajarnya dalam menangani isu buli.


Sementara itu, beliau berkata, pihak kementerian sedang bekerjasama dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi mengesan satu lagi video (seperti di atas) yang disiarkan di laman media sosial yang turut mamaparkan aksi buli.

Beliau meminta meminta semua pihak yang mempunyai maklumat berhubung kes itu agar menghubungi polis atau institusi pendidikan.

Klip video itu memaparkan seorang remaja lelaki dipukul beberapa remaja di dalam sebuah bilik yang dipercayai asrama sebuah sekolah.

Beliau berkata, kementerian telah mengarahkan pengarah bahagian, Jabatan Pendidikan Negeri, Pegawai Pejabat Daerah, pengetua dan guru besar supaya menggunakan sumber dan kepakaran mereka untuk mengesan lokasi dan pelaku kes tersebut.

Khair Mohamad berkata, sepanjang Januari hingga Jun tahun ini, sebanyak 13,359 pelajar sekolah rendah dan menengah terlibat dengan kes salah laku berunsur jenayah.

"Ia termasuk 4,568 pelajar disiasat di bawah jenayah berat dan 1,314 melibatkan kes buli," katanya.


Tags / Kata Kunci: buli , asrama , Perlis

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan