Jenazah Pelajar Maut Ketika Maraton Dikebumi

Diterbitkan: Rabu, 5 November 2014 2:57 PM

(Ubah saiz teks)

HULU TERENGGANU: Jenazah pelajar yang hilang sewaktu menyertai perlumbaan maraton di Hutan Lipur Sekayu, Kuala Berang dan ditemui meninggal dunia kemudiannya, selamat dikebumikan awal pagi Rabu.

Jenazah Ahmad Rafikin Azman, 16, pelajar Sekolah Menengah Sains Sultan Mahmud, Kuala Terengganu dikebumikan kira-kira pukul 1.30 pagi di Tanah Perkuburan Islam Jalan Pusara di Kuala Berang di sini.

Suasana pilu menyelubungi semasa pengkebumian diadakan.

Terdahulu jenazah dimandi dan dikafan di Hospital Hulu Terengganu sebelum disembahyangkan di Masjid Jalan Pusara yang turut dihadiri Menteri Besar Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman.

Ahmad Rafikin

Ahmad Rafikin dilaporkan hilang Sabtu lalu setelah tidak menamatkan perlumbaan Maraton Gunung Gajah Terom sebelum bapanya Azman Othman membuat laporan polis pada hari yang sama.

Mayat pelajar Tingkatan Empat itu ditemui pasukan mencari dan menyelamat kira-kira pukul 3.30 petang semalam di celah batu tidak jauh dari trek perlumbaan.

Walaupun merasa sedih, namun Azman bersyukur kerana anaknya dapat ditemui walaupun bukan dalam keadaan yang diharapkannya.

"Kami sekeluarga bersyukur dapat kembali anak kami dan apa yang terjadi, kami redha dengan takdir Ilahi. Terima kasih pada semua pihak yang terlibat sepanjang empat hari pencarian sehingga semuanya selesai dengan selamat," katanya kepada pemberita selepas majlis pengkebumian jenazah anak bongsunya dari tiga beradik itu.

Tags / Kata Kunci: Maraton , Rafikin

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan