Mayat Tanpa Kepala Ditemui Terapung

Diterbitkan: Rabu, 5 November 2014 9:49 AM

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Mayat seorang wanita tanpa kepala dijumpai terapung pada jarak sembilan batu nautika barat daya perairan Pulau Kendi, dekat sini, Pada Selasa.

Ketua Penguatkuasa Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Daerah Maritim 2 Pulau Pinang Kapten Kamaruszaman Abu Hassan berkata mayat wanita itu ditemui sekumpulan nelayan pukat tunda yang menangkap ikan di kawasan itu pada 1.25 tengah hari.

"Tiada dokumen pengenalan diri ditemui pada wanita yang berkulit cerah dan lengkap berpakaian itu," katanya ketika dihubungi di sini.

Beliau berkata keadaan mayat telah mereput dengan kedua belah tangan hingga paras bahu dan kedua kaki hingga pergelangan betis sudah tiada.

Ketua Polis Daerah Barat Daya Supt Lai Fah Hin berkata mayat wanita itu dipercayai terendam di dalam laut lebih dua minggu.

"Setakat ini kes itu diklasifikasi sebagai kematian mengejut dan kami minta orang ramai yang kehilangan ahli keluarga atau rakan supaya menghubungi balai polis berhampiran," katanya.


Tags / Kata Kunci: Pulau Kendi , APMM

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Kolumnis

iklan

Iklan