Punca Kematian Pelajar Hilang Di Hutan Lipur Sekayu Akibat Lemas

Diterbitkan: Rabu, 5 November 2014 5:57 PM

Ahmad Rafikin Azman.

(Ubah saiz teks)

KUALA TERENGGANU: Hasil laporan bedah siasat ke atas pelajar yang ditemui maut selepas empat hari hilang sewaktu menyertai perlumbaan maraton di Hutan Lipur Sekayu, Kuala Berang dikatakan berpunca akibat lemas.

Timbalan Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Rosli Mohd Amir berkata menerusi bedah siasat di Hospital Hulu Terengganu, pihaknya tidak menolak mangsa telah meninggal sekitar 72 jam (3 hari) sebelum mayatnya ditemui di celah batu oleh anggota penyelamat petang Selasa.

"Hasil bedah siasat menunjukkan mangsa lemas namun tidak terdapat kesan kecederaan serius pada anggota badan mangsa," katanya.

Ahmad Rafikin Azman, 16, pelajar Sekolah Menengah Sains Sultan Mahmud di sini dilaporkan hilang pada Sabtu setelah dia tidak menamatkan perlumbaan Maraton Gunung Gajah Terom, sebelum bapanya Azman Othman memaklum kepada pihak penganjur dan kemudiannya membuat laporan polis pada hari yang sama.

Mayat pelajar Tingkatan Empat itu ditemui kira-kira pukul 3.30 petang tersepit antara celah batu di kawasan yang terdapat sungai mengalir, tidak jauh dari trek perlumbaan.

Sementara itu, Menteri Besar Terengganu Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman menggesa diadakan siasatan dan dikeluarkan laporan lengkap oleh Jabatan Perhutanan Negeri dan penganjur pertandingan berhubung kematian pelajar tersebut.

"Saya juga telah minta Pengarah Jabatan Perhutanan memberi penjelasan kerana kuasa membenarkan kawasan itu diadakan acara tersebut terletak di tangan mereka.

"Saya difahamkan trek itu tidak pernah digunakan sebelum ini. Jadi bagaimana boleh diberikan kebenaran dan mengapa tahap keselamatan tidak dipertingkatkan oleh penganjur," katanya kepada pemberita di sini, Rabu.

Ahmad Razif mahu penjelasan secepat mungkin sebelum sebarang keputusan diambil kerajaan negeri berhubung kejadian itu.

Mayat Ahmad Rafikin dikebumikan awal pagi Rabu.
Tags / Kata Kunci: lemas , maraton , Ahmad Rafikin Azman

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Kolumnis

iklan

Iklan