Kastam Rampas Ketamin Bernilai RM300,000 Di Lapangan Terbang

Diterbitkan: Rabu, 5 November 2014 2:04 PM

(Ubah saiz teks)

KOTA KINABALU: Jabatan Kastam Diraja Malaysia Sabah merampas 8.221 kilogram ketamin bernilai RM300,000 di Terminal 2, Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu minggu lepas.

Pengarahnya Datuk Janathan Kandok berkata rampasan dilakukan kira-kira pukul 3.30 pagi pada 31 Okt yang dadah tersebut ditemui dalam empat sampul surat besar yang disembunyikan antara pakaian dalam sebuah bagasi.

"Seorang lelaki Bumiputera berumur 32 tahun turut ditahan ketika dia tiba dari Guangzhou, China dan dipercayai melakukan transit di Kota Kinabalu sebelum ke Kuala Lumpur," katanya pada sidang akhbar di Wisma Kastam di sini, Rabu.

Janathan berkata suspek kini direman 14 hari dan disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Beliau berkata kes tersebut membawa kepada jumlah 12 kes tangkapan sejak 2012 dengan nilai dadah berjumlah RM5.1 juta, 10 daripada kesnya dikesan di Kota Kinabalu dan masing-masing satu di Sandakan dan Tawau.

Menurutnya, sebanyak 17 orang, 11 lelaki dan enam wanita termasuk sembilan warga asing ditahan dalam tempoh tersebut.

Beliau berkata sebanyak 13 orang telah dihadapkan ke mahkamah membabitkan dadah sejak 2012.

Tags / Kata Kunci: Kastam , Sabah , Ketamin

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan