Ribut Landa Alor Setar, Pokok Hempap Kereta

Diterbitkan: Isnin, 3 November 2014 10:00 PM

POKOK TUMBANG... Pegawai Bomba Kanan 1 Ramlan Mohd Aris melihat akar perdu sebatang pokok yang tumbang dalam kejadian angin ribut dan hujan lebat di sini, petang Isnin. Dalam kejadian pukul 4.56 petang itu sebuah kereta jenis Honda CRV milik Chin Kuen Han, 32, mengalami kerosakan pada bahagian bumbung, cermin hadapan dan belakang. Bagaimana pun tiada kemalangan jiwa dilaporkan. Berikutan kejadian itu pihak Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) mengambil tindakan pantas memotong dan membersihkan kawasan bagi mengeluarkan kereta yang ditimpa dahan pokok itu. -fotoBERNAMA

(Ubah saiz teks)

ALOR SETAR: Kejadian ribut yang melanda Kedah terutama di daerah Kota Setar sejak beberapa hari lepas, berterusan hari ini mengakibatkan beberapa pokok di sekitar bandar raya ini tumbang dalam kejadian ribut dan hujan lebat. 

Dalam kejadian kira-kira 4.55 petang, sebuah kereta yang diletakkan berhampiran sebuah pasar raya di Jalan Sultan Badlishah di sini dihempap pokok sebesar pemeluk ketika hujan lebat dalam tempoh kira-kira 15 minit.

Angin kuat mengakibatkan pokok jenis cemara itu tumbang.
Kejadian itu tidak menyebabkan kemalangan jiwa kerana pemilik kenderaan itu, Chin Kuen Han, 32, tidak berada di dalam kereta Honda CRV itu kerana masih berada di pejabat yang terletak berdekatan tempat kejadian.

Chin berkata beliau menyedari kejadian itu selepas dihubungi rakannya yang melihat kejadian itu dan terus bergegas ke lokasi kejadian.

Katanya beliau terperanjat apabila mendapati kereta yang dibelinya empat tahun lalu remuk di bahagian cermin depan, bumbung dan cermin belakang yang menyebabkan kerugian lebih RM5,000.

"Pukul 4 (petang) lebih ada kawan call saya dia kata kereta kena pokok runtuh so saya datang tengok lepas hujan apa rosak. Nampak bumbung, cermin depan dan belakang pecah. Nasib baik saya di pejabat ketika kejadian," katanya.

Sementara itu, Pegawai Kanan 1 Balai Bomba Jalan Raja Ramlan Mohd Aris berkata pihaknya menerima panggilan daripada orang ramai kira-kira 4.56 petang.

"Setibanya di sana, sebuah kereta dihempap pokok besar, namun pemiliknya tiada. Usaha mengeluarkan kereta tersebut dilakukan dan Majlis Bandaraya Alor Setar turut memotong dahan pokok yang tumbang," katanya.
Tags / Kata Kunci: ribut Alor Setar

iklan

Video

Khamis, 24 Ogos 2017 12:38 PM

Wan Sharmila Kena 'Badi' Cinta

Khamis, 24 Ogos 2017 9:00 AM

Susunan Lagu Dari Sweden Gagal Takluk Persis

Rabu, 23 Ogos 2017 3:00 PM

Shuib Sepahtu 'Kuat' Cari Duit!

Rabu, 23 Ogos 2017 12:00 PM

Ayda Jebat Impi 'Mata' Tercalon Anugerah

Rabu, 23 Ogos 2017 9:00 AM

Keghairahan Shahrol Shiro Makan Diri?

Selasa, 22 Ogos 2017 12:00 PM

Sakan! Shiha Zikir Kini Hidup Mewah

Selasa, 22 Ogos 2017 9:00 AM

Tania Hudson Tak jangka Kembali Aktif

Isnin, 21 Ogos 2017 12:59 PM

Hafiz Tak Mengaku Saya Isteri - Joy Revfa

Isnin, 21 Ogos 2017 9:00 AM

#BiziBody: Syafiq Kyle Pentingkan Penampilan

Kolumnis

iklan

Iklan