Pelajar Tingkatan Empat Hilang Selepas Sertai Maraton

Diterbitkan: Ahad, 2 November 2014 2:45 PM

Gambar hiasan.

(Ubah saiz teks)

HULU TERENGGANU: Seorang pelajar Tingkatan Empat dilaporkan hilang selepas mengambil bahagian dalam perlumbaan maraton di Sekayu, Kuala Berang di sini petang semalam, kata polis.

Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, DSP Hussin Deraman berkata Ahmad Rafikin Azman, 16, tidak menyelesaikan acara maraton Gunung Gajah Terom dan bapanya Azman Ohtman, 50, membuat laporan polis pada kira-kira 6 petang.

Azman sebelum itu memaklumkan pihak penganjur apabila dia tidak dapat menemui Ahmad Rafikin, pelajar Sekolah Menengah Sains Sultan Mahmud, Kuala Terengganu, yang akan diambilnya pada pukul 3 petang selepas perlumbaan itu, katanya.

Kesemua 32 peserta yang lain telah tiba ketika itu.

"Selepas menunggu beberapa lama, Azman yang juga Penolong Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu (JPNT), membuat laporan polis," kata Hussin.

Difahamkan Ahmad Rafikin tidur di sebuah khemah di lokasi itu pada 31 Oktober dan meninggalkan telefon bimbitnya di rumah.

Operasi mencari dilancarkan oleh 42 anggota terdiri daripada anggota daripada pasukan Bomba dan Penyelamat, polis, Rela serta penduduk kampung setempat.

Sementara itu, urusetia perlumbaan itu, Mohd Rafi Kori berkata Ahmad Rafikin hanya melalui pusat pemeriksaan pertama trek perlumbaan itu tetapi tidak kelihatan sehinggalah ke garisan penamat dalam kategori junior 12 kilometer yang disertainya.

Acara marathon itu disertai 540 peserta pelbagai peringkat umur bermula pada pukul 8.15 pagi.

Perlumbaan itu dianjurkan Pejabat Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Terengganu dan diuruskan oleh Persatuan Kembara Negara.
Tags / Kata Kunci: hilang , maraton

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan