Dua Lagi Mayat Mangsa Bot Tunda Ditemui

Diterbitkan: Ahad, 2 November 2014 8:13 PM

Gambar fail menunjukkan anggota Polis mengangkat salah satu mayat daripada enam anak kapal sebuah bot tunda yang dijumpai untuk dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) pada Sabtu. Pada Ahad pihak berkuasa menemui dua lagi mayat yang dipercayai anak kapal bot berkenaan.

(Ubah saiz teks)

KUANTAN: Dua mayat dipercayai daripada enam krew termasuk seorang warga tempatan yang hilang selepas bot tunda jenis YTC M5 dinaiki mereka dilanggar sebuah kapal dagang kira-kira 9.2 batu nautika dari Tanjung Gelang, Khamis lalu ditemui pada Ahad.

Mayat pertama yang belum dikenal pasti identitinya ditemui nelayan pada 7.30 pagi di kawasan kira-kira 11 batu nautika dari Tanjung Gelang dekat sini sebelum diserahkan kepada pihak Maritim Malaysia dan dibawa ke Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TUDM).

Komander Polis Marin Wilayah 3 ACP Azmi Ibrahim berkata mayat kedua pula ditemui 10 pagi tadi di 11.5 batu nautika dari Tanjung Gelang, iaitu kira-kira dua batu nautika dari lokasi kejadian oleh anggota bot ronda PA52 Polis Marin.

Katanya mayat warga Indonesia yang dikenali sebagai Ewan, 26, ditemui terapung lengkap berpakaian dan dibawa ke jeti Tanjung Lalang di sini.

Azmi berkata Martin Sembiring, 30, mangsa yang terselamat dalam kejadian itu turut dibawa ke lokasi bagi mengenal pasti lokasi kejadian dan membuat pengecaman ke atas mayat yang ditemui.

Kedua-dua mayat dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) Kuantan untuk bedah siasat.

Azmi berkata operasi diteruskan bagi mencari tiga lagi mangsa dengan kekuatan dua pegawai dan 22 anggota termasuk pasukan penyelam.

"Operasi pencarian yang memasuki hari keempat telah melakukan pencarian pada jarak 32 batu nautika dari pantai dan sebanyak enam selaman dilakukan di lokasi kejadian bagi mencari bangkai bot," katanya.

Semalam, pasukan mencari dan menyelamat menemui mayat seorang krew bot itu kira-kira lima batu nautika dari lokasi kejadian pada 1.40 tengah hari.

Tags / Kata Kunci: Bot Tunda , Tanjung Gelang

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan