Penagih Syabu Belasah Isteri Sampai Mati

Diterbitkan: Sabtu, 1 November 2014 12:43 PM

(Ubah saiz teks)

SUBANG JAYA: Seorang pekerja kafe siber dikatakan telah memukul isterinya yang berusia 25 tahun sehingga mati di rumah sewa mereka di Taman Puchong Utama di sini, Jumaat.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya Asisten Komisioner Yahaya Ramli berkata, suspek yang berusia 33 tahun sebelum itu telah membawa dua orang anak lelakinya yang berusia enam tahun dan dua bulan, ke rumah abangnya yang berhampiran, beberapa minit sebelum dikatakan berlakunya pembunuhan. 

Selepas meninggalkan mereka di sana, suspek memberitahu ibunya bahawa dia mahu mencari isterinya dan berkata dia mahu 'pergi mati'.

"Ibunya yang prihatin meminta anak lelakinya memeriksa suspek dan isterinya. Panggilan di rumah mereka tidak dijawab.

"Lelaki itu kemudian memecahkan pintu dan mendapati kakak iparnya tarbaring kaku di lantai. Badannya penuh kesan lebam, " kata Yahaya.

Mangsa disahkan meninggal dunia pada pukul 12.30 pagi Sabtu.

"Kita percayai suaminya sendiri telah menyebabkan kematiannya dengan memukulnya berkali-kali. 

"Siasatan mendapati pasangan itu sering bertengkar kerana suspek didakwa ketagih syabu," kata Yahaya, sambil menambah mayat telah dihantar ke Hospital Serdang untuk bedah siasat.

Yahaya berkata, suspek dipercayai telah melarikan diri selepas dikatakan melakukan jenayah tersebut. 

Pihak berkuasa berkata, suspek berjaya memberitahu sepupunya bahawa dia kini berada di Kedah. 

Kes itu disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. 

Ketika ditemui di tempat kejadian, ibu mangsa berkata anak perempuannya telah berkahwin dengan suspek kira-kira tiga tahun dan pasangan itu kerap bergaduh.

"Saya tidak berjumpa dengannya selama kira-kira enam bulan. Saya memintanya untuk pulang ke rumah pada Deepavali. Dia kata akan pulang tetapi dia tidak muncul," katanya. 

Katanya, anak perempuannya itu dan keluarga pernah tinggal di flat berhampiran tempat tinggalnya tetapi tiba-tiba berpindah dua bulan lalu.

"Dia tidak memberitahu saya bahawa dia telah berpindah," tambahnya.
Tags / Kata Kunci: syabu , ketagih syabu

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan