Lelaki Maut Tepi Lampu Isyarat Akibat Dipukul

Diterbitkan: Sabtu, 1 November 2014 2:20 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Seorang penunggang motosikal lelaki ditemui maut dalam keadaan terbaring di tepi lampu isyarat di Taman Putra, Ampang Jaya, di sini, pagi Sabtu.

Lelaki itu yang dikenali sebagai S. Kanagaretnam, 56, mati akibat cedera parah di kepala dipercayai dipukul dengan topi keledar dalam kejadian kira-kira 1 pagi ini, menurut Ketua Polis Daerah Ampang Jaya ACP Khairuldin Saad.

Beliau berkata mangsa dipercayai dipukul oleh sekumpulan lelaki di lokasi kejadian pertama, iaitu di tepi jalan berhadapan dengan sebuah kedai motosikal di Jalan Permai E, Kampung Tasik Permai, Ampang.

"Berdasarkan maklumat daripada saksi kejadian, mangsa diserang lima lelaki di lokasi kejadian pertama, dan seorang daripada mereka bertindak memukul mangsa sementara empat lagi bertindak memerhatikan keadaan sekeliling," katanya.

Katanya saksi melihat seorang lelaki memukul mangsa menggunakan topi keledar dan kesemua suspek menaiki tiga motosikal iaitu satu daripadanya sebuah motosikal jenis Honda EX5.

Khairuldin berkata mangsa dipercayai meninggalkan lokasi kejadian selepas dipukul, namun mati dalam keadaan terbaring di tepi lampu isyarat akibat hentakan kuat di kepalanya.

Bilik gerakan Ibu Pejabat Daerah Ampang Jaya hanya dimaklumkan mengenai kejadian maut itu daripada Hospital Ampang, katanya.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia di Cheras untuk dibedah siasat, tambahnya.

Beliau berkata hasil siasatan awal di lokasi kejadian pertama, pihaknya menemui serpihan visor topi keledar yang disyaki milik mangsa, dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.


Tags / Kata Kunci: Polis , Ampang Jaya , HUKM

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Kolumnis

iklan

Iklan