Insiden Tembak Di Penampang: Rakyat Tidak Perlu Panik - Musa

Diterbitkan: Sabtu, 1 November 2014 11:46 AM

Sebuah kereta yang terdapat kesan tembakan dalam insiden tembakan di Penampang pada Khamis.

(Ubah saiz teks)

KOTA KINABALU: Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman meminta rakyat agar tidak panik dengan insiden tembakan di Penampang Baru petang Khamis yang menyebabkan dua lelaki disyaki penjenayah mati.

"Keadaan keselamatan di Sabah adalah selamat dan terkawal," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis ramah mesra dengan pelajar Universiti Malaysia Sabah di sini, Jumaat.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman dalam sidang akhbar pada Jumaat berkata dua lelaki yang ditembak mati pihak polis itu masing-masing berumur 50 dan 45 tahun dipercayai warga negara Filipina yang sedang diburu.

Mereka dipercayai terlibat dengan tiga kejadian rompakan bersenjata pada bulan ini di Tuaran, Penampang dan Kota Kinabalu.

Musa mengajak rakyat untuk bersama-sama memberi sokongan dan kerjasama kepada anggota keselamatan termasuk memberi maklumat kepada pihak berkuasa bagi membolehkan tindakan segera dapat diambil berhubung kes itu.

Tags / Kata Kunci: Penampang , Tembak

iklan

Video

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Kolumnis

iklan

Iklan