Pemandu Lori Acu Senapang Selepas Kemalangan

Diterbitkan: Jumaat, 31 Oktober 2014 5:07 PM

(Ubah saiz teks)

KUCHING: Seorang pemandu lori menumbuk seorang pelajar universiti swasta dan mengacu senapang kepada kakak pelajar itu selepas berlaku kemalangan kecil antara kenderaan mereka di Jalan Foochow No 1 di sini, Jumaat.

Sumber polis berkata, insiden itu berlaku selepas cermin sisi kereta yang dipandu pelajar berusia 19 tahun itu bersama kakaknya dilapor dilanggar lori berkenaan.

Beliau berkata, pelajar itu dan kakaknya keluar dari kereta mereka untuk berbincang dengan pemandu lori tersebut, namun pemandu lori terbabit dikatakan menyerang pelajar itu dan masuk semula ke dalam lorinya dan melanggar bahagian hadapan kereta pelajar terbabit.

Dalam masa yang sama, pemandu lori itu mengeluarkan senapang angin dan mengacunya ke arah kakak pelajar berkenaan sebelum melepaskan tembakan ke udara, dan kemudian melarikan diri dengan lorinya.

Sumber itu berkata, pemandu lori berusia 50 tahun itu sudah di kenal pasti.


Tags / Kata Kunci: senapang , pemandu lori , Jalan Foochow

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan