Pelanggaran Bot: Seorang Mangsa Warga Tempatan

Diterbitkan: Khamis, 30 Oktober 2014 6:54 PM

Ketua Penguatkuasa Maritim Wilayah Timur Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Datuk Nasir Adam menunjukkan data lokasi sebuah "tuck boat" dengan tujuh anak kapal yang dilanggar sebuah kapal tangki di perairan Kuantan berhampiran Pelabuhan Kuantan pada Khamis.

(Ubah saiz teks)

KUANTAN: Seorang warga Malaysia dikenal pasti antara enam anak kapal bot tunda YTC M5 yang masih hilang selepas berlanggar dengan sebuah kapal dagang dalam kejadian kira-kira 9.1 batu nautika dari Tanjung Gelang berhampiran pelabuhan Kuantan di sini, Khamis.

Ketua Penguatkuasa Maritim Wilayah Timur Laksamana Pertama Datuk Nasir Adam berkata lima lagi mangsa ialah warga Indonesia dan kesemua mereka yang terlibat dalam insiden kira-kira jam 5 pagi itu berumur lingkungan 20 hingga 30-an.

Beliau memberitahu sidang media di sini operasi mencari dan menyelamat bermula jam 12 tengah hari sejurus selepas mendapat maklumat daripada polis kira-kira jam 11.15 pagi.

"Ia kemudian turut disertai pasukan Polis Marin bersama lima anggota penyelam, Jabatan Laut dan Tentera Laut Diraja Malaysia dan antara aset yang terlibat ialah tiga buah kapal Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, tiga buah bot dan sebuah pesawat bombardier rescue 103 yang diterbangkan dari Kerteh, Terengganu," katanya.

Dalam operasi itu, katanya beberapa peralatan dipercayai milik bot tunda tersebut iaitu empat jaket keselamatan, empat set tali tunda, serpihan kayu dan tompokan minyak ditemui kira-kira 4.2 batu nautika dari lokasi kejadian pada jam 1.35 tengah hari Khamis.

Nasir berkata pihaknya telah mengambil keterangan daripada seorang anak kapal yang selamat dikenali sebagai Martin Sembiring, 30, warganegara Indonesia berhubung kejadian itu.

"Menurut mangsa ketika kejadian mereka dalam perjalanan dari Kuala Terengganu menuju ke Kuala Pahang dan dia sempat terjun keluar dari bot tunda sebelum dirempuh kapal dagang yang tidak kenal pasti itu manakala anak kapal yang lain berada di dalam kabin," katanya.

Nasir berkata pihaknya juga tidak menerima sebarang aduan daripada kapal dagang terbabit.

"Apa yang dikesalkan kapal terlibat bertindak menghilangkan diri selepas melanggar bot tunda itu. Sepatutnya mereka membantu mangsa-mangsa ini.

"Bagaimanapun kita akan menyiasat identiti kapal dagang itu untuk tindakan selanjutnya," katanya.

Tags / Kata Kunci: Kuantan , Bot Tunda , Bot Dagang

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Kolumnis

iklan

Iklan