Mayat Guru Jatuh Jambatan Ditemui

Diterbitkan: Khamis, 30 Oktober 2014 5:53 PM

(Ubah saiz teks)

SUNGAI PETANI: Mayat seorang guru wanita yang lemas setelah terjatuh ke dalam Sungai Muda berdekatan Kampung Pantai Cicar, Jalan Kuala Ketil dekat sini pagi Rabu, ditemui petang Khamis.

Mayat Siti Hajar Bakar, 48, ditemui pada 4.07 petang tadi kira-kira 1.5 km dari tempat beliau terjatuh di atas sebuah jambatan di situ.Timbalan Penguasa Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Petani Rosdi Ismail berkata mayat mangsa ditemui setelah ia timbul semasa usaha mencari dijalankan.

"Mayatnya diserahkan kepada pihak polis dan dibawa ke Hospital Sultan Abdul Halim, Sungai Petani untuk bedah siasat," katanya di sini.

Lapan anggota Unit Skuba Jabatan Bomba dan Penyelamat terbabit dalam operasi mencari mangsa dengan dibantu tujuh anggota Balai Bomba Sungai Petani.

Turut membantu dalam operasi itu anggota polis, Rela, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia, penduduk kampung dan keluarga mangsa.

Bomba menggunakan bot sepanjang operasi itu berikutan keadaan Sungai Muda yang dalam dan berarus deras.

Beberapa penduduk kampung mendakwa melihat seorang wanita mundar-mandir di atas jambatan berhampiran Kampung Pantai Cicar kira-kira 7 pagi Rabu.

Siti Hajar, yang tinggal di kawasan perumahan Taman Petani Jaya di sini, bertugas di Sekolah Menengah Kebangsaan Bakar Arang di sini.

Beliau dikatakan ke kawasan itu dengan memandu keretanya, yang diletakkan di tepi jalan raya berdekatan Kampung Pantai Cicar.

Tags / Kata Kunci: Sungai Petani

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan