Aktivis Wanita Terbang Ke Turki, Kahwin Militan IS

Diterbitkan: Selasa, 28 Oktober 2014 11:29 AM

Gambar hiasan.

(Ubah saiz teks)

MELAKA: Seorang  aktivis keagamaan wanita terbang ke Turki untuk berkahwin dengan militan Negara Islam (IS) selepas hanya seminggu berkenalan di laman sosial September lalu.

Bapa wanita yang berusia 56 tahun membuat laporan polis dan memberitahu beliau telah melihat gambar berkaitan dengan senjata, kelengkapan militan dan aktiviti berkaitan keganasan di dalam komputer riba milik anaknya itu.

Tambah lelaki itu, anaknya hilang pada 29 September selepas mengenali seorang lelaki, yang berasal dari Johor.

Sementara itu, saudara wanita itu berkata, pasangan tersebut mula mengenali antara satu sama lain pada September lalu.

Wanita itu memberitahu keluarganya bahawa dia mahu berkahwin di Turki dan bapanya telah membuat laporan polis pada 30 September lalu, malah lelaki terbabit telah memasukkan duit RM6,000 dalam akaun anaknya untuk membeli tiket penerbangan ke Istanbul.

Dia juga memberitahu keluarganya bahawa tarikh penerbangan pada 8 Oktober dan lelaki tersbut akan bertemu dengan keluarga pengantin di Seremban sebelum berangkat.

Bagaiamanapun, mereka berdua tidak muncul pada 2 Oktober seperti yang dijanjikan.

Dan selepas itu, bapa wanita itu membuat laporan polis buat kali kedua.

Tambah saudara wanita terbabit, kelakuan aktivis itu mula berubah secara mendadak selepas menyertai sebuah kumpulan keagaamaan bukan kerajaan (NGO) di Kuala Lumpur tahun lalu.

"Dia mula memakai niqab dan menyembunyikan dirinya. Malah banyak masanya dihabiskan di internet," jelasnya.

Dalam pada itu, sumber polis berkata, laporan tersebut merupakan yang pertama diterima daripada ahli keluarga yang berkaitan dengan kumpulan militan di negara Timur Tengah.

Pada  14 Oktober lalu, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rohani Abdul Karim berkata, setakat ini tiada laporan daripada ahli keluarga wanita yang pergi ke Timur Tengah untuk menjadi 'teman wanita' IS.

Tags / Kata Kunci: militan IS

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan