Polis Tumpas Sindiket Dadah Warga Iran, Syabu 7kg Dirampas

Diterbitkan: Isnin, 27 Oktober 2014 4:03 PM

Noor Rashid menunjukkan dadah yang dirampas dalam beberapa serbuan pihak polis pada minggu lalu. Foto BERNAMA

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Polis menumpaskan satu sindiket dadah melibatkan warga Iran selepas menahan tujuh individu termasuk seorang ketua bertaraf 'kingpin'. 

Turut ditahan ialah seorang wanita warga tempatan. Kesemua mereka berusia antara 22 dan 46 tahun ditahan di beberapa lokasi di sini pada minggu lalu.

Polis merampas dadah jenis syabu seberat tujuh kilogram bernilai bernilai kira-kira RM1.1 juta  dan tujuh kereta yang digunakan sindiket termasuk sebuah kereta jenis Mercedes Benz dan Volvo.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman, Datuk Noor Rashid Ibrahim berkata, penahanan itu dibuat selepas risikan yang dijalankan oleh Pasukan Khas Taktikal dan Perisikan Narkotik (STING) selama sebulan.

"Kita menahan tujuh warga Iran, termasuk dua wanita, dan seorang wanita warga tempatan dalam beberapa serbuan yang dibuat antara Rabu dan Khamis (minggu lalu).

"Mereka ditahan di beberapa lokasi di Jalan Kuching, Mont Kiara, Lebuhraya Penchala Link dan Desa Sri Hartamas," katanya kepada pemberita.

Kes itu disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman gantung sampai mati.

Tags / Kata Kunci: sindiket dadah

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan