Lima Penyamun Kedai Serbaneka Dicekup

Diterbitkan: Isnin, 27 Oktober 2014 7:09 PM

(Ubah saiz teks)

KLANG: Polis menahan lima lelaki selepas mereka menyamun RM2,000 dari sebuah kedai serbaneka di Jalan Sungai Kapar Indah, dekat sini pada Ahad malam.

Ketua Polis Daerah Klang Utara ACP Mohd Shukor Sulong berkata kesemua suspek berumur antara 23 hingga 26 tahun itu diberkas oleh anggota polis yang sedang meronda di sekitar kawasan kejadian selepas pekerja kedai itu menjerit meminta tolong.

Beliau berkata dalam kejadian kira-kira pukul 9.25 malam itu, kesemua suspek disyaki meluru masuk ke kedai itu dengan membawa parang panjang ketika pekerja kedai itu mahu menutup premis berkenaan.

"Ketika kejadian, pekerja yang sedang menutup kedai itu menjerit apabila kesemua suspek masuk menyebabkan anak pemilik kedai yang kebetulan berada di dalam pejabat premis itu bergegas ke luar kedainya.

"Beliau melihat suspek membawa parang panjang dan sedang meminta wang daripada ibunya yang sedang menjaga kaunter bayaran sebelum kesemuanya melarikan diri kerana dua pekerja kedai itu berterusan menjerit dan meminta tolong," katanya ketika dihubungi di sini, Isnin.

Mohd Shukor berkata kedua-dua mangsa dan pekerja premis itu tidak mengalami sebarang kecederaan, namun kelima-lima lelaki itu berjaya membawa lari kira-kira RM2,000.

Hasil pemeriksaan polis mendapati kereta yang mereka naiki merupakan kereta yang dicuri di Bandar Baru Klang, dan terdapat empat bilah parang panjang, enam botol minuman keras di dalam kereta itu, dua pasang sarung tangan serta jaket dan pakaian disyaki milik suspek, katanya.

Hasil siasatan mendapati suspek yang berasal dari Klang dan Shah Alam itu ada bekerja sebagai pemandu dan ada yang menganggur serta memiliki rekod jenayah lampau termasuk berkaitan dadah, katanya.

Mohd Shukor berkata kelima-lima suspek itu direman selama tujuh hari mulai hari ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan.

Tags / Kata Kunci: Penyamun , Polis , Klang

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan