2 Maut, Seorang Parah Dalam Kemalangan 2 Buah Lori

Diterbitkan: Isnin, 27 Oktober 2014 6:47 PM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pemandu dan kelindan sebuah lori membawa muatan bahan binaan maut selepas kenderaan berat tersebut merempuh belakang sebuah lori sampah di Kilometer 40 Lebuhraya Damansara Puchong-Cyberjaya dekat sini pagi Isnin.

Dalam kemalangan pada pukul 10.30 pagi itu, kedua-dua mangsa yang merupakan warga tempatan maut di tempat kejadian akibat tersepit.

Jurucakap polis berkata, kemalangan tersebut dipercayai berlaku apabila lori sampah yang dipandu lelaki warga asing di lorong kiri cuba masuk ke laluan bersebelahan.

"Lori yang dipandu mangsa dikatakan gagal mengawal kenderaan mereka lalu merempuh belakang lori sampah berkenaan.

"Akibatnya, pemandu dan kelindan lori membawa muatan binaan itu tersepit dan maut ditempat kejadian. Pasukan Bomba dan Penyelamat telah dipanggil untuk membantu mengeluarkan mayat," katanya.

Tambahnya, pemandu lori sampah terbabit yang turut mengalami kecederaan parah telah dikejarkan ke Hospital Putrajaya. Mayat kedua-dua mangsa juga dihantar ke hospital sama untuk bedah siasat.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Tags / Kata Kunci: Putrajaya , Kemalangan , Cyberjaya

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 6:51 PM

Sherry Ibrahim Tak Hilang, Masih Laris

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan