Lelaki Dikehendaki Polis Ditembak Mati Di Semporna

Diterbitkan: Ahad, 26 Oktober 2014 10:42 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA KINABALU: Pasukan keselamatan menembak mati seorang suspek lelaki yang dikehendaki polis dalam satu kejadian tembak-menembak di Semporna pada awal pagi Ahad.

Difahamkan pasukan keselamatan sedang mengenal pasti lelaki berkenaan yang ditemui tanpa sebarang dokumen pengenalan diri selepas insiden itu.

Keterangan dari polis marin yang bertugas turut dirakamkan.

Komander Pasukan Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM), Datuk Abdul Rashid dijangka akan mengeluarkan butiran mengenai kejadian itu dalam satu sidang media yang akan diadakan pada Ahad. 

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan