Sindiket Curi Kereta Tumpas

Diterbitkan: Sabtu, 25 Oktober 2014 2:04 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Polis mematahkan sindiket mencuri kereta berikutan penahanan 12 lelaki di beberapa lokasi di sekitar Selangor.


Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner R Munusamy berkata, lelaki berkenaan termasuk enam pembeli ditahan antara 14 Oktober dan Jumaat lalu dalam beberapa serbuan yang dijalankan.

"Sebanyak 12 kereta mewah yang dicuri bernilai Rm1.3 juta dirampas dalam serbuan itu.

"Modus operandi kumpulan itu termasuk mengiklan jualan kenderaan itu menerusi Whatsapp pada harga murah untuk menarik perhatian pembeli," katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul di sini, Sabtu.

Munusamy menambah, kenderaan itu termasuk Toyota Alphard, Vellfire, Estima, Caldina dan Fortuner.

Kesemua yang ditahan iaitu broker, pembekal dan orang tengah ditahan reman untuk membantu siasatan.

Tags / Kata Kunci: sindiket , curi kereta , Sentul

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan