Diterbitkan: Sabtu, 25 Oktober 2014 6:10 PM

(Ubah saiz teks)

IPOH: Seorang lelaki warganegara Myanmar dijumpai mati dengan kesan kelar di bahagian leher di kawasan parkir Jalan Russel di sini, Sabtu.

Mayat lelaki berusia 28 tahun itu ditemui orang awam yang melalui kawasan berkenaan pada pukul 11.45 pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Ipoh ACP Sum Chang Keong berkata siasatan awal berdasarkan keadaan mayat yang telah berbau, mangsa dipercayai telah meninggal dunia lebih daripada sehari.
 
"Pemeriksaan pada badan mangsa mendapati ada tatu di bahagian dada serta mempunyai kesan kelar pada leher daripada penggunaan senjata tajam," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau berkata mayat yang berpakaian ditemui terbaring di bawah pokok dengan badannya dilitupi daun-daun kering.

Polis juga menemui dompet bersama-sama mangsa dan pihak polis masih menjalankan siasatan berhubung kejadian berkenaan, katanya.

Sum berkata mayat mangsa dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun di sini untuk bedah siasat dan orang ramai yang mempunyai maklumat kejadian boleh menghubungi balai polis berhampiran untuk membantu siasatan.
Tags / Kata Kunci: kelar , Myanmar

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan