Polis Tahan Kumpulan Samun Treler Selepas Tiga Jam Menyamum

Diterbitkan: Jumaat, 24 Oktober 2014 9:41 PM

Gambar hiasan.

(Ubah saiz teks)

SEPANG: Polis menahan dua lelaki warga tempatan dan empat lelaki warga asing yang disyaki terlibat dalam kes samun sebuah treler membawa dua gelung keluli bernilai RM150,000 di Jalan Banting, di sini Rabu lepas.

Ketua Polis Daerah Sepang, ACP Mohd Yusoff Awang berkata kesemua suspek berumur 20 hingga 46 tahun itu ditahan di sebuah bengkel membaiki kenderaan di Rawang, kira-kira tiga jam selepas kejadian.

Beliau berkata dalam kejadian pada kira-kira 3 pagi itu, dua suspek warga tempatan bertindak memecahkan cermin treler yang dipandu Ridzuan Daud, 52, yang ketika itu sedang tidur selepas memberhentikan kenderaan untuk berehat berikutan hujan lebat.

"Mangsa memberhentikan lori di sisi jalan, iaitu kira-kira 10 minit selepas memandu keluar treler yang membawa muatan dua gelung keluli dari kilang Megasteel, dekat sini pada pukul 9 malam untuk dibawa ke Melaka.

"Akibat terlalu lama menunggu, mangsa mengantuk lalu tertidur dan hanya tersedar selepas cermin lorinya dipecahkan oleh dua lelaki bersenjatakan parang," katanya pada sidang media di Balai Polis Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) di sini, Jumaat.

Katanya suspek kemudian bertindak menutup mulut dan mengikat tangan mangsa menggunakan pita pelekat dan memandu kenderaan itu ke ladang kelapa sawit berdekatan sebelum meninggalkan mangsa kira-kira 50 meter dari jalan raya.

Selepas penjenayah beredar dari lokasi mangsa ditinggalkan, mangsa bertindak membuka ikatan sebelum berjalan keluar bagi mendapatkan bantuan, dan bernasib baik apabila seorang lelaki memberhentikan kereta dan membawanya ke balai polis untuk membuat laporan, kata Mohd Yusoff.

Beliau berkata dengan bantuan alat pemantau Sistem Pengesanan Global (GPS) yang dipasang pada treler itu, polis berjaya mengesan kenderaan itu berada di sebuah bengkel di Jalan Batu Arang, Rawang.

Bertindak atas maklumat itu, polis menyerbu bengkel berkenaan, dan menahan enam individu iaitu dua lelaki warga tempatan, seorang warga Myanmar dan tiga lelaki warganegara India, selain menemui semula semua barangan yang disamun disembunyikan di belakang bengkel tersebut, katanya.

Mohd Yusoff berkata siasatan mendapati kumpulan itu digerakkan oleh seorang lelaki warga tempatan berumur 36 tahun yang dipercayai menjadikan lori bermuatan barangan berharga sebagai sasaran rampasan sejak dua tahun lepas.

"Kesemua suspek ditahan reman sehingga Khamis depan, manakala gerakan memburu perancang utama kumpulan itu telah dimulakan," katanya.

Tags / Kata Kunci: Samun Treler

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Kolumnis

iklan

Iklan