'Percutian' Bocchi Terus Jadi Misteri

Diterbitkan: Jumaat, 24 Oktober 2014 3:42 PM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Misteri tentang di mana beradanya ahli perniagaan Itali William Bocchi semakin rumit.

Tiada laporan menunjukkan tanda-tanda dia berada di bandar Zamboanga, selatan Filipina, lokasi yang sepatutnya dikunjungi setelah meninggalkan Sabah.

Menurut Pengarah Penguasa Kanan Polis Zamboanga City  Angelito Casimiro, pihaknya masih tidak ada maklumat tentang Bocchi.

"Kami akan membuat pemeriksaan terlebih dahulu dengan Biro Imigresen dan Pengusiran serta dengan Aleson Shipping," katanya kepada Philippine Daily Inquirer, Jumaat.

Komander Angkatan Tentera Laut Selatan Filipina Laksamana Reynaldo Yoma, berkata kita "harus membuat pemeriksaan dengan pasukan perisik".

Pada Khamis, Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata, lelaki Itali berusia 52 tahun menaiki feri di bandar pantai timur Sandakan pada 14 Oktober. 

"Dia telah pergi ke Zamboanga untuk bercuti," katanya.

Bocchi menimbulkan kebimbangan tentang di mana dia berada apabila seorang ahli perniagaan Lahad Datu, Sia Yiik Huon melaporkan kehilangan Bocchi pada Isnin selepas dimaklumkan oleh seorang rakan di Kuala Lumpur yang menerima e-mel daripada rakan sekerja Bocchi, dikenali sebagai Fabio.

Bocchi tiba di KLIA 2 di Sepang, pada 12 Oktober dan terbang ke Kota Kinabalu pada hari berikutnya sebelum membuat penerbangan ke Lahad Datu. 

Yiik Huon memberitahu polis bahawa Fabio berkata Bocchi sepatutnya pulang ke rumah pada 16 Oktober.

Beliau berkata Bocchi, yang terlibat dalam perniagaan perkhidmatan kewangan sepatutnya bertemu pelanggan di Lahad Datu.
Tags / Kata Kunci: Bocchi , Zamboaga City

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan