Lima Maut, Seorang Cedera Parah Kemalangan Dua Kereta Di Kota Tinggi

Diterbitkan: Jumaat, 24 Oktober 2014 10:59 AM

Pertembungan dua kereta yang meragut lima nyawa di KM61.2 Jalan Johor Bahru-Mersing malam Khamis.

(Ubah saiz teks)

KOTA TINGGI: Lima maut, manakala seorang lagi cedera parah dalam kemalangan melibatkan dua buah kereta di KM61.2, Jalan Johor Baharu-Mersing, di sini, Khamis malam.


Timbalan Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Deputi Superintendan Low Hang Seng berkata, mangsa yang terbunuh adalah pemandu dan penumpang kereta Perodua Kenari iaitu Rosmah Muda, 28, dan adiknya Fatimah, 24, serta pemandu dan penumpang Proton Wira iaitu Mohamad Shafie Pecek, 21, Mohamad Fayad Abdul Rahman, 21 dan Mohd Nizam Hassan, 29.

"Mangsa yang cedera parah pula adalah Nur Shafiqah, 14, yang merupakan adik kepada Rosmah dan Fatimah. Dia kini dirawat di Hospital Kota Tinggi (HKT)," katanya ketika dihubungi di sini Jumaat.

Hang Seng berkata, kejadian dipercayai berlaku pada kira-kira pukul 10.40 malam apabila Proton Wira yang dinaiki Mohamad Shafie, Mohamad Fayad dan Mohd Nizam dari arah Kota Tinggi menghala ke Mersing itu berlanggar dengan Perodua Kenari yang datang dari arah bertentangan.

Difahamkan, ketiga-tiga sahabat itu dalam perjalanan pulang ke Felda Tenggaroh, di sini, selepas menjamu selera di bandar Kota Tinggi.

Tiga beradik perempuan yang beralamat di Jalan Haji Arifin, Endau, Mersing, itu pula dalam perjalanan bagi tugasan mengandam pasangan pengantin di Felda Air Tawar 3, di sini.

Katanya, berikutan perlanggaran itu Rosmah, Fatimah dan Mohamad Fayad mati di tempat kejadian, manakala Mohamad Shafie dan Mohd Nizam meninggal dunia di HKT.

Kesemua mayat dibawa ke HKT untuk bedah siasat.


iklan

Video

Khamis, 24 Ogos 2017 3:30 PM

Ebba Tak Minat Jadi Jurutera

Khamis, 24 Ogos 2017 12:38 PM

Wan Sharmila Kena 'Badi' Cinta

Khamis, 24 Ogos 2017 9:00 AM

Susunan Lagu Dari Sweden Gagal Takluk Persis

Rabu, 23 Ogos 2017 3:00 PM

Shuib Sepahtu 'Kuat' Cari Duit!

Rabu, 23 Ogos 2017 12:00 PM

Ayda Jebat Impi 'Mata' Tercalon Anugerah

Rabu, 23 Ogos 2017 9:00 AM

Keghairahan Shahrol Shiro Makan Diri?

Selasa, 22 Ogos 2017 12:00 PM

Sakan! Shiha Zikir Kini Hidup Mewah

Selasa, 22 Ogos 2017 9:00 AM

Tania Hudson Tak jangka Kembali Aktif

Isnin, 21 Ogos 2017 9:00 AM

#BiziBody: Syafiq Kyle Pentingkan Penampilan

Kolumnis

iklan

Iklan