Empat Sekeluarga Maut Nahas Di Kota Tinggi

Diterbitkan: Jumaat, 24 Oktober 2014 5:52 PM

(Ubah saiz teks)

KOTA TINGGI: Empat sekeluarga maut apabila kereta yang dinaiki mereka terlibat dalam kemalangan dengan dua kenderaan lain di KM46 Jalan Johor Baharu-Mersing di sini, pagi Jumaat.
  

Kejadian ini berlaku kurang 12 jam selepas kemalangan yang meragut lima nyawa di KM61.2 di laluan sama pada malam Khamis.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Low Hang Seng berkata, mangsa yang terbunuh adalah pemandu kereta Perodua Alza, Ruhaizad Said, 48, isterinya, Azliza Osman, 45, ibu mentuanya, Hainee Jamil, 70 serta anak lelakinya, Muhammad Zaki, 13.

"Kejadian yang berlaku pada kira-kira pukul 10.15 pagi itu turut mengakibatkan pemandu kereta Satria Neo, Muammar Hakimmi Mas Bakri, 21, cedera parah, manakala pemandu kereta Toyota Estima, Mad Serehan Ishak, 43, pula tidak mengalami sebarang kecederaan," katanya di sini.

Hang Seng berkata, kejadian dipercayai berlaku apabila kereta Satria dari arah Kota Tinggi menuju ke Mersing itu bertembung dengan kereta Alza yang datang dari arah Mersing ke Kota Tinggi.

Keadaan itu menyebabkan kereta Perodua Alza terbabit remuk menyebabkan Ruhaizad yang juga penolong pengurus ladang dan tiga anggota keluarganya itu meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala.

Semasa kejadian itu, kereta Toyota Estima itu cuma bergesel dengan Perodua Alza yang berada di depannya.

Menurut Hang Seng, mayat sekeluarga yang berasal dari Kota Kecil, di sini, dibawa ke Hospital Kota Tinggi untuk bedah siasat.

Muammar Hakimmi yang berasal dari Taman Teratai, Johor Baharu pula turut dibawa ke hospital yang sama untuk rawatan, katanya.

"Tempat kejadian adalah kawasan jalan lurus yang mempunyai garisan berkembar. Semasa kejadian, keadaan cuaca adalah baik dan keadaan lalu lintas juga tidak sibuk," katanya.


iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan