Dua Rakan Hilang Sejak Ahad Ditemui Kemalangan, Seorang Maut

Diterbitkan: Khamis, 23 Oktober 2014 5:13 PM

Som Sak Din

(Ubah saiz teks)

IPOH: Misteri kehilangan dua rakan yang dilaporkan hilang sejak Ahad lepas, terungkai apabila seorang daripada mereka ditemui Orang Asli di sebuah ladang kelapa sawit dekat Bidor di sini pada Rabu.

Kedua-duanya terlibat dalam kemalangan di Kilometer 62.8 Jalan Ipoh-Kuala Lumpur berhampiran Tanah Mas dekat Bidor.

Ketua Polis Daerah Tapah, Asisten Komisioner Som Sak Din Keliaw berkata, mereka ditemui beberapa Orang Asli pada 4.45 petang di ladang kelapa sawit itu, yang terletak berdekatan tempat nahas.

Dalam kejadian kira-kira 3 petang Ahad lepas, kereta yang dipandu A. Nicholas Andrew, 33, dan dinaiki R Thiyagarajan, 34, terbabas sebelum terhumban ke dalam gaung sedalam 20 meter.

Akibat kejadian itu, Nicholas tercampak keluar dari kereta itu menyebabkan beliau patah tangan dan kaki manakala Thiyagarajan meninggal dunia kerana tersepit di dalam kenderaan itu, katanya ketika dihubungi Khamis.

Menurutnya, Nicholas terpaksa merangkak menyusuri anak sungai sehingga ke ladang kelapa sawit itu selama tiga hari ekoran kecederaannya, sebelum beliau ditemui Orang Asli berkenaan.

Mayat Thiyagarajan, yang bekerja sebagai penjual gas, dihantar ke Hospital Teluk Intan untuk bedah siasat manakala Nicholas, seorang tukang kebun, dirawat di hospital sama.

Ahad lepas, keluarga mangsa membuat laporan polis mengenai kehilangan mereka di Ibu Pejabat Polis Daerah Tapah.

Sementara itu, Pegawai Bomba Kanan 2 Balai Bomba dan Penyelamat Bidor, Noor Ahmad Sariff berkata sebuah jentera dengan enam anggota dihantar ke tempat kejadian untuk membawa mangsa keluar dari tempat kejadian.


iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan