Kereta Pegawai Kastam Terbakar Dibaling Molotov Cocktail

Diterbitkan: Rabu, 22 Oktober 2014 5:24 PM

Roslan Othman melihat keadaan kereta miliknya yang dipercayai dibakar dengan 'molotov cocktail' oleh individu tidak dikenali ketika ditemui di Taman Bukit Indah pagi Rabu.

(Ubah saiz teks)

JITRA: Sebuah kereta Perodua Kelisa milik seorang pegawai kanan Jabatan Kastam Diraja Malaysia terbakar di kediamannya di Taman Bukit Indah pagi Rabu tadi dipercayai angkara perbuatan khianat individu tidak dikenali.

Kereta milik mangsa, Roslan Othman, 56 itu terbakar selepas dipercayai terkena 'molotov cokctail' yang dibaling dari luar rumah dalam kejadian pukul 5 pagi.

Roslan berkata kejadian itu disedarinya selepas menerima panggilan telefon daripada seorang jiran yang ternampak api sedang marak pada kereta di depan rumahnya.

"Bila saya keluar api dah marak dan saya bersama anak bergegas memadam api dengan air sebelum menunggu bantuan daripada pihak bomba," katanya kepada pemberita ketika ditemui di rumahnya.

Beliau yang bertugas di Unit Dagangan Kastam Bukit Kayu Hitam berkata,beliau bernasib baik kerana api tidak merebak ke rumahnya dan sebuah lagi kereta yang terletak di hadapan kereta yang terbakar.

Roslan berkata beliau tidak menolak kemungkinan kejadian itu disebabkan perbuatan khianat memandangkan pihak polis yang datang membuat pemeriksaan turut mengesan kewujudan serpihan botol plastik dipercayai berisi cecair mudah terbakar. 

Katanya perbuatan khianat ini merupakan kali kedua berlaku terhada pkeluarganya selepas rumahnya sebelum ini pernah dikejutkan dengan tembakan rambang pada 2010.

Katanya beliau bersyukur kerana tiada kecederaan ke atas dirinya, isteri dan empat anaknya walaupun terpaksa menanggung kerugian hampir RM30,000 akibat kejadian itu.

Sementara itu Ketua Polis Daerah Kubang Pasu Supt Abd Rahim Abdullah ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu.

Katanya siasatan awal pihaknya menemui serpihan bekas plastik berwarna hijauyang terbakar dan berbau petrol di belakang kereta mangsa.

"Punca kejadian masih dalam siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan," katanya.

Tags / Kata Kunci: Kereta [egawai kastam , terbakar , molotov

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan