Lelaki Maut Diseret Keretapi

Diterbitkan: Selasa, 21 Oktober 2014 4:28 PM

(Ubah saiz teks)

KUANTAN: Seorang lelaki maut selepas dirempuh dan diseret keretapi sejauh 250 meter di Kuala Lanar dekat Kuala Lipis awal pagi Selasa.

Ketua Polis Daerah Lipis Supt Abdul Razak Hassan berkata, kejadian berlaku kira-kira pukul 1.23 pagi ketika keretapi berkenaan dalam perjalanan dari Tumpat, Kelantan menuju ke Kuala Lumpur.

"Polis yang menerima maklumat kejadian itu daripada kakitangan Keretapi Tanah Melayu sejurus selepas kemalangan tersebut kemudian bergegas ke lokasi kejadian," katanya.

Mayat lelaki itu kemudian ditemui dalam keadaan menyayat hati dan mukanya tidak dapat dikenal pasti, katanya ketika dihubungi.

Beliau berkata, mayat tanpa sebarang indentiti pengenalan diri itu kemudiannya dihantar ke Hospital Kuala Lipis untuk bedah siasat mangsa.

"Pemandu dan semua penumpang keretapi Senandung Wau TN yang tidak mengalami sebarang kecederaan dalam kemalangan itu kemudiannya telah meneruskan perjalanan setengah jam kemudian," katanya.

Abdul Razak meminta orang ramai yang melihat kejadian itu supaya menghubungi polis bagi membantu siasatan.

Tags / Kata Kunci: Lipis , Keretapi

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan