Video: Pejalan Kaki Temui Mayat Remaja Ditetak, Lengan Hampir Putus

Diterbitkan: Isnin, 20 Oktober 2014 10:44 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Seorang pejalan kaki yang melalui Jalan Teknologi 3, Kota Damansara di sini terkejut apabila menemui mayat remaja lelaki dalam keadaan ngeri pada awal pagi Isnin.

Dalam kejadian pada pukul 1.30 pagi itu, mangsa dipercayai warga tempatan maut akibat ditetak di kepala manakala lengannya hampir putus.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner, Azmi Abu Kassim berkata, remaja terbabit dipercayai dibunuh di tempat lain sebelum mayatnya dibuang di kawasan berkenaan.

"Berdasarkan pemeriksaan forensik, mayat itu dibuang di kawasan berkenaan kurang dari enam jam sebelum ditemui seorang pejalan kaki.

"Mangsa mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan lengan dipercayai akibat ditetak. Polis akan meneliti rakaman kamera litar tertutup di kawasan tersebut untuk siasatan lanjut," katanya.

Difahamkan, keluarga mangsa turut berada di lokasi kejadian ketika forensik melakukan pemeriksaan.

Tambahnya, mayat mangsa telah dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya untuk bedah siasat.

 

Tags / Kata Kunci: Kota Damansara , Polis , Tetak

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan