Rasuah: Lebih 24 Anggota Penguat Kuasa Lima Agensi Ditahan

Diterbitkan: Ahad, 19 Oktober 2014 7:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Ops Belot bagi memerangi rasuah mengesan lebih 24 anggota membabitkan lima agensi penguatkuasaan menerima  wang sogokan secara bulanan sebagai balasan melindungi  pengusaha cakera padat digital (VCD) dan  cakera video digital (DVD) cetak rompak  di sekitar Pulau Pinang.

Berdasarkan maklumat, didapati pegawai penguat kuasa dari agensi seperti Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan  Kepenggunaan (KPDNKK) terbabit dalam kegiatan melepas dan melindungi pengusaha berkenaan dan diberi habuan bulanan.

Sumber memberitahu, pemantauan dan siasatan yang dijalankan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)  sejak beberapa bulan lalu menunjukkan  modus operandi  kegiatan ini bermula dengan anggota penguat kuasa terbabit  melakukan pemeriksaan di premis perniagaan VCD dan DVD cetak rompak di sekitar Pulau Pinang.

"Setelah mendapati premis tersebut menjual VCD dan DVD cetak rompak, maka sasaran akan berjumpa terus dengan pengusaha untuk berbincang.

"Dalam perbincangan itu, sasaran akan meminta bayaran wang rasuah secara bulanan untuk tidak mengambil tindakan penguatkuasaan terhadap pengusaha dan seterusnya bertindak melindungi perniagaan VCD dan DVD cetak rompak tersebut pada masa akan datang.

"Bayaran wang rasuah secara bulanan ini akan dibayar sama ada secara tunai terus kepada sasaran atau melalui akaun bank (samada akaun bank sendiri atau proksi) yang diberi oleh sasaran kepada pengusaha VCD dan DVD cetak rompak," katanya.

Pengarah Siasatan SPRM, Datuk Jamidan Abdullah mengesahkan perkara ini.

Dalam pada itu, kata sumber berkenaan, selagi bayaran dibuat, pengusaha premis perniagaan VCD dan DVD cetak rompak bebas menjalankan perniagaan tanpa sebarang tindakan penguatkuasaan.

"Tangkapan telah dilakukan oleh Cawangan Perisikan Khas terhadap 24 individu yang terlibat.

"Kesemua akan didakwa pada waktu terdekat dan ada yang dikenakan tindakan tatatertib," katanya.
Tags / Kata Kunci: SPRM , Kastam , PDRM

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan