Dua Maut Nahas Motosikal Berkuasa Tinggi Di Lebuhraya Karak

Diterbitkan: Ahad, 19 Oktober 2014 3:49 PM

Ketiga-tiga motosikal musnah akibat terbakar.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Dua peserta konvoi motosikal berkuasa tinggi dari Bukit Lintang, Melaka Tengah maut manakala dua lagi rakan mereka parah selepas terlibat dalam kemalangan membabitkan tiga kereta di KM26.4 Lebuhraya Karak dekat sini, Ahad.

Ketua Polis Daerah Gombak ACP Ali Ahmad berkata kemalangan itu berlaku pada 11.24 pagi ketika kesemua mangsa bersama kumpulan konvoi mereka dalam perjalanan pulang ke Shah Alam selepas bersarapan pagi di Kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Lentang.

"Hasil siasatan awal mendapati sebuah lori kosong berada dalam keadaan melintang di atas laluan lebih raya itu hingga mengakibatkan kesesakan lalu lintas.

"Kumpulan konvoi itu dipercayai cuba mengelak kesesakan dengan mencelah antara kenderaan namun atas faktor kecerunan kawasan itu dan saiz motosikal, mereka tergesel sesama sendiri lalu menyebabkan motosikal mereka terbabas dan terbakar," katanya kepada Bernama di sini, Ahad.

Beliau berkata pada mulanya tiga motosikal terlibat dalam kemalangan itu, yang mengakibatkan dua penunggangnya tercampak daripada motosikal masing-masing manakala seorang lagi rentung dijilat api setelah motosikalnya terbakar.

Namun, selang beberapa saat kemudian, seorang lagi penunggang motosikal turut bergesel dengan dua buah kereta dan mengakibatkan mangsa tercampak ke bawah sebuah kereta yang memandu di lorong laju.

Penunggang itu maut di tempat kejadian.

Ali berkata mangsa yang meninggal dunia dikenali sebagai Zali Khalid, 32, dan Md Nizam Hanapiah, 47.

Beliau berkata mayat mereka dibawa ke Hospital Selayang di sini untuk bedah siasat manakala dua penunggang yang parah turut dirawat di hospital itu.

Bernama difahamkan kesemua mangsa adalah antara 100 peserta konvoi sebuah kelab motosikal di Melaka Tengah.

Sebelum ini, Penolong Kanan Penguasa Bomba Ahmad Aidil Ab Majid berkata pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu pada 11.22 pagi dan tiba di lokasi berkenaan lima minit kemudian. 

Beliau berkata seramai tujuh anggota dari balai bomba Selayang diarah ke tempat kejadian. 


iklan

Video

Isnin, 18 Disember 2017 2:45 PM

Kecoh Naim Daniel 'Berduet' Dengan Hantu

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan