Terkejut Bunyi Penggera, Perompak Tidak Sempat Larikan Mesin ATM

Diterbitkan: Sabtu, 18 Oktober 2014 12:59 PM

(Ubah saiz teks)

MIRI: Dua perompak bertopeng gagal dalam cubaan merompak mesin pengeluaran wang automatik (ATM) Bank Simpanan Nasional (BSN) cawangan Permyjaya, Sabtu.

Ketua Polis Miri ACP Gan Tian Kee berkata dalam kejadian 5.10 pagi itu, rakaman kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan kedua-dua suspek cuba menarik keluar ATM menggunakan tali kabel namun terkena dan memecahkan satu daripada pintu kaca menyebabkan alat penggera berbunyi.

"Suspek melarikan diri apabila mendengar alat penggera berbunyi, tiada wang tunai hilang dalam ATM tersebut yang dianggarkan berjumlah RM300,000," katanya.

Beliau berkata ATM yang cuba dilarikan oleh perompak berkenaan hanya mengalami kerosakan kecil di bahagian hadapan mesin tersebut.

Beliau berkata semasa kejadian, tiada pengawal keselamatan di tempat kejadian dan cap jari gagal dikesan kerana perompak menggunakan sarung tangan semasa melakukan rompakan.


Tags / Kata Kunci: ATM , Perompak , Polis

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan