Penyamun Pukul, Ikat dan Kurung Pekerja Kilang Roti

Diterbitkan: Jumaat, 17 Oktober 2014 8:01 PM

(Ubah saiz teks)

KUANTAN: Seorang pekerja sebuah kilang roti di Sungai Isap Jaya di sini dipukul sebelum diikat dan dikurung kira-kira lima jam di dalam stor premis berkenaan oleh tiga lelaki bersenjatakan parang dalam kejadian samun awal pagi Jumaat.


Ketua Polis Daerah Kuantan Asisten Komisioner Abdul Aziz Salleh berkata, dalam kejadian kira-kira 4.50 pagi itu, mangsa berumur 40 tahun itu dikejutkan tiga penyamun terbabit ketika sedang tidur di dalam sebuah bilik di kilang tersebut.

Beliau berkata mengikut keterangan mangsa, dia dikejutkan oleh seorang suspek yang memegang sebilah parang sambil mengacukan senjata itu ke arahnya.

"Pada masa sama, seorang lagi suspek arahkan mangsa supaya diam sebelum mengikat dan mengurungya di dalam stor kilang itu," katanya ketika dihubungi Bernama di sini, Jumaat.

Abdul Aziz berkata, suspek kemudiannya menggeledah kilang berkenaan dan mengambil wang tunai RM1,000 sebelum melarikan diri dipercayai dengan sebuah kenderaan.

Katanya, lima jam kemudian mangsa, yang cedera ringan, menerima bantuan rakan sekerja yang tiba untuk memulakan syif pagi dan memaklumkan kejadian kepada majikannya sebelum mereka membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan.


Tags / Kata Kunci: Sungai Isap Jaya , kilang roti

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan