Polis Cari Waris Budak Lelaki Ditemui Merayau Di Persiaran Gurney - Berita Jenayah | mStar

Polis Cari Waris Budak Lelaki Ditemui Merayau Di Persiaran Gurney

Diterbitkan: Jumaat, 17 Oktober 2014 8:18 PM

Mior Faridalathrash bersama budak lelaki yang ditemui merayau-rayau sendirian di Persiaran Gurney, Khamis malam.

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Polis sedang mengesan ibu bapa kanak-kanak lelaki yang ditemui merayau-rayau sendirian di Persiaran Gurney di sini pada Khamis malam.


Ketua Polis Daerah George Town, Asisten Komisioner Mior Faridalathrash Wahid berkata, kanak-kanak lelaki itu memakai baju Melayu biru ketika ditemui berhampiran Hotel Gurney pada kira-kira pukul 11 malam.

"Sejak ditemui, budak itu hanya diam sahaja dan hingga kini kami tidak mendapat sebarang maklumat daripadanya.

"Tiada laporan polis dibuat mengenai kes kehilangan kanak-kanak lelaki sejak budak itu ditemui. Kami percaya umurnya antara satu atau dua tahun," katanya.

Beliau menambah, pemeriksaan kesihatan mendapati kanak-kanak lelaki itu sihat dan dia akan dihantar ke Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk tindakan lanjut.

"Sesiapa yang mengenali kanak-kanak ini diminta hubungi Ibu Pejabat Polis Jalan Patani di nombor 04-2181822 atau balai polis berdekatan untuk membantu siasatan," katanya.

Tags / Kata Kunci: baju Melayu , budak lelaki , Hotel Gurney
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan