Warga Emas Hilang Dipercayai Lemas - Berita Jenayah | mStar

Warga Emas Hilang Dipercayai Lemas

Diterbitkan: Khamis, 16 Oktober 2014 4:00 PM

(Ubah saiz teks)

BALING: Seorang warga emas yang hilang dipercayai lemas di Sungai Kejai dekat sini sejak awal pagi Khamis.

Mat Isa Din, 77, dari Kampung Macang Bubuk Bakai dikatakan hilang sejak pukul 1 pagi.

Ketua Zon 3 Jabatan Bomba dan Penyelamat Kedah, Mohd Firdaus Daud yang mengetuai operasi mencari dan menyelamat berkata usaha mencari mangsa masih dijalankan.

"Mangsa dipercayai hanyut di dalam Sungai Kejai dan belum ditemui," katanya.

Hanya selipar milik mangsa ditemui di tepi sungai.


Tags / Kata Kunci: Lemas , Warga Emas
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan