Polis Marin Rampas 4,250 Kg Baja Seludup

Diterbitkan: Khamis, 16 Oktober 2014 3:55 PM

(Ubah saiz teks)

TAWAU: Pasukan Polis Marin (PPM) Tawau merampas 170 guni baja ammonium nitrate dengan berat keseluruhan 4,250 kilogram yang cuba diseludup ke negara jiran menggunakan bot, dekat sini, petang Rabu.

Komander PPM Wilayah Sabah ACP Mohamad Madun berkata baja berkenaan dirampas dari sebuah bot yang dikemudi seorang lelaki Indonesia berumur 43 tahun ketika membuat rondaan di kawasan perairan Sabindo, pada 5.15 petang, Rabu.

"Anggota PPM yang menjalankan rondaan terserempak dengan sebuah bot kayu dalam keadaan mencurigakan lalu menahan dan memeriksanya," katanya dalam kenyataan di sini, Khamis.

Kesemua barangan rampasan termasuk bot berkenaan dianggarkan bernilai RM37,000.

Kes disiasat di bawah Akta Kastam Seksyen 135 (1)(e) 1967.

Sementara, di Semporna, PPM menahan seorang warga emas, pendatang asing tanpa izin berusia 73 tahun bersama 26 tong berisi 650 liter minyak petrol bersubsidi di perairan Ambo Ambo, Semporna, sekitar 1 tengah hari Rabu.

Mohamad berkata, warga Filipina berkenaan ditahan semasa bot samaran PPM menjalankan Op Tugas Khas di kawasan berkenaan.

Katanya, bot pam dan dua unit enjinnya disita dan kes disiasat di bawah Akta Kastam 1967.


Tags / Kata Kunci: Polis Marin , Baja

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 5:54 PM

Adam, Ezlynn Tuduh Menuduh! Mana Satu Betul?

Isnin, 23 Oktober 2017 4:10 PM

Kiriman Akhir Sebelum Karam

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Kolumnis

iklan

Iklan