Muka Disembur Aerosol, Hajat Merompak Tak Kesampaian

Diterbitkan: Khamis, 16 Oktober 2014 3:01 PM

(Ubah saiz teks)

JASIN: Dua perompak perlu akur bahawa ada masanya mereka tidak bernasib baik.

Tiba di sebuah pasar mini di Taman Bukit Tembakau di sini dengan motosikal pada pukul 8.15 malam Rabu, salah seorang daripada mereka yang bersenjata bergegas masuk ke pasar mini tersebut.

Malangnya, dia disembur dengan aerosol serangga oleh isteri pemilik pasar mini yang sedang berada di kaunter juruwang.

Ketika dia sedang berjalan keluar, suspek telah dipukul oleh penjual burger yang mendengar teriakan bantuan daripada wanita itu.

Penjual burger itu bagaimanapun ditembak oleh perompak di bahagian kaki. 

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Melaka ACP Raja Shahrom Raja Abdullah berkata, penjual burger, 30, mendengar teriakan bantuan isteri kepada pemilik pasar mini dan melihat seorang lelaki bergegas keluar dari kedai itu pada pukul 8.15 malam.

"Dia menyambar sebatang kayu dan mengejar. Dia berjaya memukul perompak yang telah melompat menaiki sebuah motosikal yang sedang menunggu dalam jarak 100 meter. 

"Perompak kemudian menembak di kaki kanannya," katanya sambil menambah suspek melarikan diri ke arah Lebuhraya Alor Gajah - Jasin Melaka.

Raja Shahrom berkata perompak itu sebelum ini telah memukul wanita itu dengan pistol apabila mukanya disembur dengan aerosol dan berteriak minta tolong.

Katanya, perompak melarikan diri tanpa mendapat sebarang hasil.

Mangsa-mangsa telah dihantar ke Hospital Melaka dan dilaporkan berada dalam keadaan stabil.
Tags / Kata Kunci: perompak , racun serangga , aerosol

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan