Cuba Tangkap Penjenayah, Peniaga Burger Ditembak

Diterbitkan: Khamis, 16 Oktober 2014 12:11 PM

(Ubah saiz teks)

JASIN: Seorang peniaga burger cedera ditembak di kakinya ketika dia cuba menangkap seorang penjenayah yang cuba menyamun sebuah pasar mini di Taman Bukit Tembakau, Umbai, Merlimau di sini, Rabu malam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Melaka, ACP Raja Shahrom Raja Abdullah berkata kejadian berlaku kira-kira 8.15 malam ketika peniaga itu yang berusia 30 tahun sedang berniaga di hadapan pasar mini berkenaan apabila dia mendengar jeritan meminta tolong daripada isteri pemilik premis tersebut dan pada masa yang sama melihat seorang lelaki berlari keluar dari premis itu.

"Peniaga itu mengambil sebatang kayu lalu mengejar lelaki tersebut dan berjaya memukul bahagian belakang lelaki berkenaan yang sedang membonceng motosikal rakannya yang sedang menunggu tidak jauh dari situ, sebelum suspek melepaskan tembakan kepada mangsa dan mengenai kaki kanannya," katanya.

Suspek dan rakanya itu kemudiannya melarikan diri ke arah Lebuhraya AMJ (Alor Gajah-Melaka-Jasin).

Raja Sharom berkata semasa mahu merompak, penjenayah turut memukul wanita berkenaan dengan belakang pistol sehingga cedera di telinga kanannya.

"Namun penjenayah gagal melarikan wang tunai atau barang berharga dari pasar mini tersebut, apabila wanita berusia 49 tahun itu menjerit dan menyembur muka penjenayah dengan racun serangga yang disimpan di bawah kaunter pembayaran, menyebabkan penjenayah meluru keluar dari premis itu," tambahnya.

Peniaga burger dan wanita berkenaan kemudiannya dihantar ke Hospital Melaka dan keadaan mereka dilaporkan stabil.


Tags / Kata Kunci: Jasin , Tembak , Melaka

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan